Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu
tak siapa pinta ujian betamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hati yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai tafsiran
Segala takdir
terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihi setiap masa
diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabah menghadapi
Segala takdir
terimalah dengan hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya
Allah rindu mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabah menghadapi
segala ujian diberi maka
bersyukurlah selalu..
No comments:
Post a Comment