Tengok pada entry kali ni..aku ada terbaca satu artikel ni yang beri panduan apa yang patut kita lakukan sebagai seorang pakwe atau makwe, aweks atau balaks tak kira la apa kategori pon mesti ada yang penah lalui ada ``KEKASIH YANG TAK AMBIL PEDULI”..kepada korang..yang punyai kekasih camni boleh la ikut kalau nak ..??Kepada diriku juga..kena ingat kamu juga sama..(cewah..berdasarkan pengalaman dulu..huhu)..
aku pikir sesuai untuk dibuat entry...memang stress bila dapat kekasih jenis yang `Sengal’..Apa saja yang dilakukan seperti dia tak ada perasaan untuk memahaminya. Sampaikan terlantar sakit pon dia fikir kita hanya sakit biasa dan esok lusa sembuh..Gerammm...Adakah perlu ditinggalkan saja atau ada cara lain???..
Ø BERBICARA DARI HATI KE HATI
-biasanya keadaan sepeti ini sukar untuk dibawa bincang.Namun, ini adalah cara terbaik drp memendam rasa.Ajak saja berbincang dan memastikan apa yang dikatakan tidak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Perlu memastikan si dia memahaminya.
Ø BUAT DIA CEMBURU
-cara mudah tapi ada risikonya.dengan cara ni juga dapat buat si dia buka mata dengan apa yang berlaku.Anda juga boleh guna orang ketiga untuk buat dia rasa cemburu.Pasti dia akan terasa dan sedar apa yang telah dilakukan selama ni.
Ø BUAT TIDAK PEDULI
-Caranya adalah dengan membalas kembali apa-apa yang sering dilakukan pada anda
Ø BAGI PENGAJARAN
-taktik biasa diaplikasikan jika dia sudah terlampau.Boleh dibuat taktik merajuk dan biarkan dia berfikir kembali.Itu lah masanya untuk diluahkan segalanya tapi jangan dalam keadaan marah-marah.
Ø KAD DENGAN KATA SINDIRAN
-Mungkin dia akan tergamam dgn pemberian kad itu.Cara ini berkesan kerana dpt tulis kata-kata sindiran.
so..fikir-fikirkan lah yang terbaik dan selamat beramal...:-)
No comments:
Post a Comment