about ME..!

My photo
Prince OF wales, Malaysia
I'm mizz sue,a simple gurl...for me..be ourself,happy with ourlife with do what we want to do..don't thinking what people want to say..that important i'm happy with my life..:-)

Sunday, July 17, 2011

Ada aku kisahhh..!!

assalamualaikum..nampaknya sudah tidak sabar aku untuk story kat entry..erm..pa yang korang pikir tentang tajuk entry kali ni..haha, sebenarnya aku nak story satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran buat kita..

mungkin ada yang penah dengar cerita ni..dan ada juga yang belum pernah..kepada yang belum pernah boleh la baca..yang dah pernah pon ok juga..kisah ni cukup popular antara si anak, ayah dan seekor keldai

Ketika dalam perjalanan menuju sebah destinasi.Si ayah menarik keldai dan si anak menunggangnya melalui sebuah kampung.Kemudian orang kampung di situ mengutuk si anak.Kata mereka, sepatutnya si anak yang menark dan si bapa yang menunggang di atas keldai.Si ayah sedih dengan kutukan itu mengubah kedudukan.

Sampai di sebuah kampung yang lain,orang kampung di situ mengutuk si ayah, kata mereka si ayah sepatutunya menarik keldai dan anak menunggangya kerana anak masih kecil dan tidak larat.Sekali lagi si ayah menukar posisi mereka dan kedua-dua mereka naik menunggang keldai tersebut.

Tinadi sebuah kampung lain, sekali lagi mereka dikutuk oleh penduduk di situ.Kata mereka, si ayah dan si anak itu zalim dan menyeksa keldai.Sepatutnya salajh seorang dari mereka mesti berada di bawah bagi meringankan beban keldai tersebut.Si ayah binggung.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki menarik keldai tanpa seorang pon yang menunggang.

Namun apabila masuk ke kampung seterusnya, sekali lagi mereka dikutuk.Kata penduduk kampung itu, si ayah dan si anak sangatlah tidak cerdik.Apa gunanya membawa keldai jika keldai tersebut hanya melenggang tanpa membawa si anak mahupon si ayah menunggangnya.Sekali Lagi mereka binggung..

PENGAJARAN KISAH INI

itulah hakikat perjalanan hidup.Di mana sahaja kita berada, apa sahaja keputusan kita pasti tidak mampu menutup mulut orang lain.Apatah lagi memuaskan hati semuaa pihak. Oleh itu, pengajaran yang dapat kita perolehi daripada kisah ini. Cuba bayangkan jika perjalanan mereka tadi sudah meletakkan pelan perancangan perjalanan.

Daripada kisah ini. samalah jika diri sendiri dari awal melakukan perancangan rapi, persediaan tersendiri mahupon strategi untuk berubah dari awal maka apa saja kutukan dari orang sekeliling langsung tidak memberi kesan kepada perubahan ada.Ini disebabkan orang disekeliling tidak tahu apakah strategi perancangan hidup anda.

Kalau ada yang mengutuk korang, jawab saja kepada mereka ``ADA AKU KISAH"..Heeheheee

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...