about ME..!

My photo
Prince OF wales, Malaysia
I'm mizz sue,a simple gurl...for me..be ourself,happy with ourlife with do what we want to do..don't thinking what people want to say..that important i'm happy with my life..:-)

Sunday, August 21, 2011

Tak BerhenTi BerHaRap

Ya Allah..permudahkanlah jalan ku untuk sembuh kembali dan menjadi seperti sediakala..Engkau berikanlah aku kesihatan yang baik..Aku sangat berharap dan berharap agar aku dapat jalani kehidupanku seperti dahulu..Sudah sekian lama aku menanggungnya..aku tidak dapat bertahan lagi..semakin hari semakin teruk ..Kesakitan yang benar2 menguji kesabaranku..aku tak dapat lagi nak menahannya secara diam..Ya Allah bantulah hambamu ini..Amin.

TabaHkaN lah Hatiku

Ya Allah cukuplah untuk sekian kali bagiku untuk terima ujian yang begitu mencabar..sesungguhnya aku seorang hamba yang lemah..yang memerlukan pimpinan dan kekuatan dalam melayari kehidupan ku ini..walaupun aku redha dengan ketentuanMu..namun aku tidak mampu untuk membohongi diriku..aku memerlukan seorang yang memahami dan juga pendorong bagiku untuk hadapi ujian yang aku lalui..
Aku tidak mampu untuk lalui sendirian..aku tiada tempat untuk meluahkan..aku tiada tempat untuk mengadu..hanya padaMu ya Allah..Begitu besar dan ujian demi ujian yang aku terima..kekadangan membuat fikiran kumenjadi tidak waras..aku tak dapat berfikir sedangkan fikiran ku bercampur berbagai masalah..
Aku hanya mampu tersenyum, hanya mampu untuk menutupi kesedihan yang menyelubungi diriku..Aku cuba untuk menjadi tabah..aku cuba agar air mata aku tidak menitis kesedihan..biarpun tanpa aku sedari..aku akan cuba menyembunyikan kesakitan dan kesedihan yang aku alami..biar aku menderita asalkan orang  sekeliling ku bahagia..aku sanggup berkoban demi kebahagiaan orang lain..tapi…
Aku tidak sanggup hatiku disakiti dan perasaanku dipermain..Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..engkau pimpinlah hambamu ini..Jauhkanlah diri hambu ini dari melakukan kesilapan..Ya Allah Ya Rabbi..engkau berikanlah hambamu ini kesihatan yang baik..Engkau pulihkanlah diriku dari kesakitan penyakit yang aku alami..Sesungguhnya hamba ingin pulih seperti sediakala..
Hamba ingin mencari kebahagian diri..ketenangan diri..hamba tak ingin bercinta lagi..tapi hanya menanti dan menanti kedatanganya di sisi..Amin…
``Ya Allah ..Jika dia diciptakan untukku, Engkau satukan hati kami..kuatkanlah cinta dan kasih sayang antara kami, kuatkan diri kami dalam menghadapi ujianMu dan engkau restuilah perhubungan kami,Jika dia bukan diciptakan untuk diriku..jauhkanlah diri perasaan antara kami”…amin Ya Robb

Saturday, August 20, 2011

Hasilnya..

Sedar tak sedar dah nak raya dah kan..hanya tinggal seminggu aje lagi..biasa la kan di saat akhir macam ni..ramai la kaum hawa..mak cik2, akak2 n adik2 sibuk buat kuih raya kan..hehe..

ermm..oleh yang demikian aku pun apa kurangnya..menyibuk gak kat dapur ..sebabnya family aku ni tak suka beli yang sedia ada (ala..kuih tunjuk2..hehe)..setiap tahun mesti sibuk2 nak buat..kebetulan hari ni aku cuti..dan..

taaa daaaa....


ni la kuih raya..hasil buatan sendiri..nasib menjadi..haha, bangganye aku...untuk tahun ni menjadi..sobb..

Sekali Lagi Dalam Diary


Sekali lagi keperitan dan kebodohan aku memakan diri sendiri
Kata-kata aku tan pa niat dan maksud telah di salah erti..
Bagaimana harus aku hadapi..
Sedangkan peristiwa lama masih mnyelubungi diri..
Harapan aku begitu tinggi..agar peristiwa lama tak berulang kembali
Tapi sukar untuk aku terima lagi..
peristiwa lama kini menghantui diri..
mungkin kesilapan dari diriku snediri..
tanpa aku sedari kata-kata  dan maksud ku sukar difahami..
orang yang ku sayangi kini pergi..
bagaimana harus aku tempuhi..
sedangkan diri tak betul lagi..
Ya Rabbi aku tak ingin hadapinya lagi..
Aku akan sentiasa menanti orang yang ku
Benar-benar kasihi dan sayangi
Hadirnya dalam diriku..
Untuk peluang terakhir buat diriku..
SEKALI LAGI......AMIN

Mengharap Pada Yang Tak Pasti

NUKILAN 17/08/2011
Sampai bila aku harus begini ..perlukah aku mengharap pada suatu yang belum aku temui lagi..
Keadaan yang belum aku pasti jawapannya..
Adakah aku masih perlu menharap..
Adakah aku ingin sekali lagi dilukai..
Adakah aku masih bersendirian..
Adakah aku perlu lakukan seperti yang aku biasa lakukan..
Adakah aku akan diterima..
Adakah kedatangan aku diperlukan..
Adakah kehadiran aku dihargai..
Adakah kewujudan diriku disedari..
Adakah aku masih belum mengerti..
Adakah aku masih bertepuk sebelah tangan..
Adakah perasaanku hanya untuk dipermainkan..
Adakah aku layak untuk seseorang..
Adakah aku hanya untuk kepentingan..
Adakah diriku perlu hipokrit..
Adakah aku perlu jujur..
Semua persoalan yang wujud..sukar untuk aku temui jawapanya..hanya kebahagian, ketenangan dan kegembiraan yang aku cari..
Tapi apa yang aku perolehi..kelukaan dihati yang buat aku jadi lebih berhati-hati..harapan aku agar ia berakhir suatu hari nanti..aku tak ingin laluinya lagi..cukup..cukup..
Cukuplah..untuk sekian kalinya..aku tak  inginkan keadaan seperti itu lagi..

BeSarnYa UjiaN mu..PaDAku


NUKILAN 17/08/2011
Ya Allah..begitu besar ujianmu untuk aku hadapi semua ni..Engkau beri lah aku kekuatan Ya Rabbi..Hanya kepadamu tempat hamba mengadu..hanya kepadamu tempat hamba luahkan segalanya..hanya engkau mengerti dan mengetahui perasaan hambamu ketika ini yang  sedang hadapi ujian yang engkau berikan..Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..apa yang hambamu ini harus lakukan lagi..hamba tak mampu untuk hadapinya sendirian..hamba tak kuat..semakin hari semakin lemah dan putus asa..semakin hari semakin lalai dan leka ketaqwaan ku kepadaMu..hamba mohon padamu..engkau bimbinglah hamba mu ini agar sentiasa berada di jalanmu jalan yang benar dan untuk peroleh keredhaan Mu Ya Rabbi..
Ya Allah hanya engkau yang maha mengetahui segalanya isi hatiku yang tesirat dan tersurat..tiada siapa yang mngerti perasaan dan isi hatiku saat ini melainkan engkau..Engkau berilah hambamu ini ketabahan dan kekuatan agar hamba redha dengan ketentuanMu..Berikankanlah hambamu ini petunjuk dan rahmatmu..berikanlah hambamu ini jua ketetapan hati agar tidak terpesong dan sentiasa berada dijalan yang benar..

BUAT INSAN TERSAYANG

NUKILAN 16/08/2011
Sampai bilakah aku harus aku begini menunggu kasih yang tak pasti
Ku takut suatu hari nanti bila orang dah benci,
Aku menangis seorang diri, Sampai bilapun kerinduan ini hanya untuk mu
Tidakkan hilang kasih yang aku genggam, kerana ku ingin kamu
Janji-janji ku dulu bukanlah janji palsu
Dan aku tak pernah curang kepadamu..
Aku sentiasa bersabar dan bersabar menantimu
Aku berjanji  akan menanti dengan penuh kesabaran..
Sayangnya  ku kepadamu,Hanyalah Tuhan sahaja tahu.
Dan hati ini sering berkata hanyalah engkau insan yang tersayang
Janganlah kau pergi lagi dariku, tak ingin ku menangis keranamu
Lama sudah hati ini terseksa, puas sudah ku berendam air mata.
Aku tak inginkan kebendaan, hanya yang ku inginkan hanyalah
 Kebahagian..

BILA KESERABUTAN MELANDA DIRI

NUKILAN 15 /08/2011
Ya Allah ..bila keserabutan melanda diri..tiada yang dapat diungkap dengan kata-kata..aku betul-betul stress gila kot..apa aku harus  buat..aku buntu..aku runsing..apa yang patut di lakukan, ini kerana tiada siapa yang  mengerti dan memahami situasi aku sekarang..
Aku buntu..tak tahu bagaimana nak setle kan..bila bercampur semua masalah yang ada..bila aku berfikir dan berfikir belum juga temui keputusan..dan setelah itu tanpa berfikir panjang..aku sering  lakukan kesilapan yang sama..dengan membuat keputusan yang amat bodoh bagi diriku..akhirnya keputusan yang  diambil memakan diri aku sendiri..aku menyesal dan menyesal setelah keputusan diambil..seperti kata pepatah `Telajak Perahu Boleh Diundur Telajak Kata Bawa Padah..’’
Aku jadi fobia dan jiwa aku hampir jadi seperti orang dalam keadaan histeria..dalam setiap keadaan dan keputusan yang ingin diambil..aku perlu sokongan, dorongan dan juga nasihat mahupun pandangan..tapi apa yang aku temui  hanyalah jalan kebuntuan.. aku ingin selesaikan masalah aku ni..Takkan aku nak lepaskan perasaan yang aku alami pada orang lain..tapi apakan daya..aku terpaksa..dan terpaksa untuk lalui sendiri..
Aku sering kali gagal..dan gagal..aku cemburu..aku cuba motivate diri tapi itu semua hanya sementara..kenapa dengan aku ?? sentiasa mencari arah tuju untuk buat yang terbaik..tapi apa yang aku lakukan semuanya sia-sia..aku tak perlukan apa-apa cuma respect yang aku inginkan..dan boleh jadi pendengar buat diriku..kerana aku aku seorang yang sederhana dan serba kekurangan..aku benci
Ya Allah..Ya Robbi..Engkau Berikanlah hamba Mu ini kekuatan dan kesabaran yang kuat untuk hadapi semua ni..Engkau tabahkanlah hati hambaMu ini agar hamba tidak berputus asa untuk cari kebahagiaan dan buat  terbaik...Engkau Jauhilah hambaMu ini dari bersifat hipokrit..
Aminnn......!!!

Sunday, August 14, 2011

Kenangan Terindah

Kenangan dan saat yang sukar dilupakan bersama-sama kengkawan..banyak memori dan pengalaman yang diterima.

kerana aku telah dijebak untuk meyertai Program Latihan Khidmat Negara..telah mematangkan diri aku juga..byk bentuk diri aku untuk jadi sentiasa positif..hehe




Memang bezzz....

Dilema Seorang Wanita

Erm..aku sendiri  tak tau nak jelaskan macam mana entry yang aku nak  buat ni..apa yang patut ku katakan..yela..yang aku maksudkan sekarang ni adakah aku patut mempercayai insan yang bergelar lelaki lagi???..aku tahu bukan semua semua seperti itu..begitu juga wanita/perempuan..tapi itu lah hakikat yang patut diterima..setiap manusia dicipta tidak sempurna..dari segi fizikal, rohani atau mental..
Setelah apa yang aku lalui..pahit getir yag aku terima..aku jadi fobia..dan sukar untkm percayai dengan kata-kata mahupon janji manis yang ditaburkan..nak tahu kenapa? Dari pengalaman aku yang bergelar teman a.k.a kekasih kepada seorang lelaki..setelah perhubungan yang begitu lama terjalin..malah diketahui family..akhirnya..terhenti..
Persoalan yang sering terlintas dihati dan fikiranku..kenapa sukar untuk setia?? kenapa sukar untuk beri perhatian pada perhubungan?? kenapa perlu ada penipuan??  Di  mana keikhlasan hati??  Di mana kejujuran?? Di mana  janji manis yang ditaburkan??  Di mana penerimaan diri seadanya kelebihan dan kekurangan pasangan?..
Apa yang patut aku lakukan untuk mendapat jawapan dari setiap persoalan yang aku nyatakan..Adakah persoalan itu akan terjawab dan dapat hilangkan kesangsian, kepercayaan dan perasaan curiga yang  membelenggu diri..
Mungkin ia terjadi disebabkan kesalahan diri sendiri tanpa disedari..tapi di mana kejujuran..di mana teguran..tapi sekarang persoalanya Adakah aku nak jadi seperti dulu..berharap  dan berharap dan berharap..dan akhirnya diri sendiri yang merana..
Alhamdulillah aku syukur sangat-sangat sebab diberi ujian begini..ia dapat mematangkan akudan buat aku lebih berhati-hati dalam hubungan yang melibatkan perasaan..aku tak boleh tewas dan biarkan diri aku disakitkan lagi..
Lebih baik aku tumpu pada kerjaya dan kehidupan ku masa hadapan..JODOH, AJAL  DI TANGAN TUHAN..KITA SEBAGAI HAMBAA HANYA MAMPU BERDOA DAN REDHA DALAM SETIAP UJIAN YANG DIBERIKAN..YA ALLAH YA RABBI..BERIKANLAH AKU KEKUATAN DAN KESABARAN DALAM MENEMPUHI KEHIDUPAN YANG PENUH MENCABAR..AMINNN  YA ROBB


Saturday, August 13, 2011

Penatnya..hehe

assalamualaikum..hehe dh lama agaknya tak update entry..al maklumlah bulan pose kan..cbuk ngan aktiviti..kali ni bukan nak story pasal bulan pose..sbb nya tak de yang menarik nak dikongsi..juz nak update aktiviti sebelum bulan pose..

Aktiviti aku ngan kawan2..Mendaki Bukit..waduhh..lama rasanya aku tak join aktiviti cam tu..haha

Di saat pendakian bermula...








Saturday, August 06, 2011

Lelaki vs Perempuan


hye..assalamaualaikum..dah lama nampaknya aku tak mengadap mylolly-pop..hehe untuk hup date kat blog..maklumlah balik kje penat sangat sbb sekarang ni banyak stress..back to the topic..

baru-baru aku dapat tau melalui berita kalau tak salah..dulu kaum wanita melebihi kaum lelaki dan mempolosi semua bidang kerjaya mahupun pelajaran daripaada kaum lelaki..tapi sekarang keadaan sudah berubah..so apa sudah berlaku???

sekarang ni kaum lelaki melebihi kaum wanita..dengan perbezaan 1% sahaja..apa akan terjadi..adakah kaum lelaki pula  yang akan mempolosi kaum wanita..dari semua aspek??..pandai2 la korang berfikir..masing2 punyai pendapat dari permikiran dan pandangan yang tersendiri..so pada yang ada pendapat bolehlah berkongsi..sekurang2nya da juga la infonya..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...